Zamrose, Panglima Medan Timur yang baharu

Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain dilantik sebagai Panglima Medan Timur yang ketiga menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw yang bersara.

Upacara perbarisan serah terima tugas telah diadakan di padang kawad Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, hari ini.

Tandatangan nota serah terima tugas serta penyerahan tongkat kuasa dan bendera pemerintahan telah disaksikan Panglima Tentera Darat,Jeneral Dato’ Seri Panglima Ahmad Hasbullah Ahmad Nawawi.

Perbarisan itu melibatkan 27 pegawai dan 472 anggota lain-lain pangkat diketuai Pegawai Memerintah Batalion Kesembilan Rejimen Sempadan, Leftenan Kolonel Faridul Anwar Amran.

Yang turut hadir ialah Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia,Mejar Jeneral Dato’ Toh Choon Siang dan Panglima Angkatan Petugas 450,Mejar Jeneral Dato’ Zukipli Rahamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: