Yussibnosh bantu bina rumah mangsa yang roboh

Prihatin dengan nasib 10 ahli keluarga hilang tempat tinggal disebabkan rumah roboh, YB Yussibnosh Bin Balo, ADUN N.58 Balingian bertindak menyegerakan pembinaan rumah tersebut menggunakan peruntukan khas.

Rumah En. Sidek Bin Nyah itu didiami bersama 9 orang anaknya, berlaku lebih kurang jam 3 pagi, pada 4 November 2019 di Kpg Sg Pegei, Mukah.

Punca kejadian adalah disebabkan struktur rumah yang agak usang dan tidak kukuh, pernah mendapat dibuat program baik pulih dibawah KKLW pada tahun 2017, bagaimanapun, keadaan rumah dan lokasi yang berdekatan dengan sungai mempengaruhi kerosakan struktur rumah tersebut.

Kehadiran YB Yussibnosh bin Balo ke tapak projek yang dimulakan pada 25 Nov 2019 dan untuk melihat sendiri pihak kontraktor mendirikan tiang rumah yang akan disiapkan dalam tempoh terdekat.

Projek tersebut akan dibuat oleh kontraktor tempatan bagi menyiapkan bina rumah baru yang mempunyai 3 bilik dan 1 tandas di tapak tanah rumah asal yang telah roboh.

Turut hadir bersama Pegawai Daerah Mukah Tuan Safrie B. Saili, Timbalan Walikota En. Jay bin Keram, Exco Pemuda PBB Negeri En. Royston Valentine, Kr. Felix Pieng, dan kontraktor projek.

[Sumber MyMukah]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: