YS perlu lihat bidang baharu bantu generasi muda

KUCHING: Yayasan Sarawak(YS) disaran melihat bidang pengkhususan baharu yang boleh membantu memperkasa lagi ekonomi Sarawak menerusi pemberian biasiswa bagi membolehkan generasi muda melanjutkan pelajaran.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, selain bidang perubatan,bidang lain seperti kejuruteraan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga perlu diberi penekanan utama.

“YS bagi pihak kerajaan negeri boleh membantu ke arah ini menerusi pemberian biasiswa pendidikan bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Dengan adanya lebih golongan cerdik pandai tugas kita untuk mentransformasikan negeri ke arah yang lebih baik dapat direalisasikan,”katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Biasiswa Program Perubatan Sesi 2018/2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Untuk itu,katanya, kerajaan membantu pelajar perubatan Universiti Malaysia Sarawak(Unimas) bagi membantu pengajian mereka.

“Kita harap dengan adanya bantuan ini lebih ramai pakar dalam bidang perubatan dapat dilahirkan,”ujarnya.

Katanya,dengan adanya generasi muda yang berilmu pengetahuan Sarawak dapat mencapai negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: