YB Nancy sifatkan perpaduan dan persefahaman antara agama dan kaum bukan unik, tapi amalan biasa di Sarawak

(Catatan YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri di FB pada 24 Disember 2018)

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia.

Pada Hari Krismas, penganut Kristian akan pergi ke gereja beramai-ramai untuk mengikuti acara keagamaan.

Saya teringat mengenai Masjid Al Naim dan Gereja Good Shepherd di Miri yang berdekatan dengan jarak tidak melebihi 100 meter.

Pada setiap solat Jumaat, pihak gereja membuka pagar mereka kepada Jemaah untuk meletakkan kenderaan dan pada hari Ahad pihak masjid akan membuka pagar mereka kepada penganut Kristian.

Kedua-dua pihak juga mengamalkan majlis sama selama bertahun-tahun.

Keadaan seperti ini unik di Malaysia tetapi adalah kebiasaan di Sarawak seperti di kawasan saya di Kampung Semalatong yang juga mempunyai gereja dan masjid berdekatan.

Saya berasa amat bangga dengan perpaduan dan keamanan yang dicapai oleh rakyat Sarawak.

Pada hari ini, marilah kita mengambil peluang mengeratkan lagi hubungan dalam semangat keharmonian, toleransi dan hormat-menghormati yang menjadikan Sarawak begitu unik.

Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2019!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: