YB Dr Annuar menulis tentang cabaran seorang doktor

Rutin seorang doktor
Susulan isu penghapusan elaun kritikal saya ingin berkongsi rutin seorang doktor Siri 1


1) belajar 5-6 tahun

2) selepas mendapat ijazah sarjana muda perlu menjalani latihan doktor siswazah atau housemanship selama 1 tahun tapi sekarang 2 tahun


3) semasa menjadi seorang houseman atau Pegawai perubatan waktu paling mencabar ialah “oncall”.
- jika on call masuk kerja 7.00am pagi dan habis oncall 8.00 pagi ke esokan hari (25 jam ) di sambung dgn rutin hari selepas on call sehingga paling awal 6pm ( 10 jam) jadi total 35 jam tanpa berhenti kecuali makan/mandi/solat. Selalu nya tidak dapat tidur sepanjang malam!!
On call semasa houseman boleh 13 hari atau 15 hari sebulan.


4) Tiada cuti umum atau sabtu dan ahad. Di wajib melakukan ward round kecuali cuti tahunan. Ward round semasa cuti umum, sabtu dan ahad tidak di kira overtime atau tiada elaun di beri. Dalam erti kata tidak ada cuti umum, cuti sabtu dan ahad sebagai seorang doktor di wajib bekerja!

5) Semasa menjalani latihan doktor siswazah di Hospital Universiti (UH)Kuala Lumpur rutin setiap pagi 7/7 ialah menjadi Dracula(mengambil darah pesakit di seluruh wad di bawah jagaan) dan memberi injection antibiotik. Di UH semua ini mesti di lakukan oleh doktor siswazah.

6)Setiap malam selepas jam 12 mlm semua doktor siswazah mesti menjalankan tugas “Cinderella Call” walaupun tidak oncall dlm jadual. Maksudnya semua doktor siswazah selepas jam 12 mlm mesti bertugas atas panggilan dan berada dlm bilik oncall. Semua ini tidak di kira overtime. Bayangkan jika seseorang itu sudah berumah tangga semasa latihan tersebut tapi ramai doktor siswazah belum berkahwin termasuk saya!!

7) “Pass over” ialah rutin setiap hari sebelum tamat nya kerja hari tersebut termasuk cuti umum, sabtu dan ahad. Iaitu mesti pass over semua pesakit kritikal dlm ward kpd team on call. Jika team on call lambat sebab masih di ward lain maka doktor ward tersebut mesti menunggu sehingga mereka datang utk terima pass over kepada team on call. Kadang2 ini boleh berlarutan sehingga jam 9-10 mlm baru boleh balik. Ini juga tiada over time
* semasa dulu semua kerja lebih masa tiada elauan on call!!!

8) Tahun 2019
-Sarawak 1 Doktor :820 penduduk (ada setengah daerah di Sarawak lebih dari 1:1000
-Malaysia 1 doktor :600 penduduk

9) Waiting list utk pembedahan jantung elektif ada lah sampai 12 bulan hingga 18 bulan di pusat jantung hospital umum sarawak.

10)Menunggu doktor di klinik jalan Oya Sibu (klinik paling sibuk di Sarawak) ialah 60-80 min. Total waiting maksudnya dari sampai ke klinik sehingga semua selesai ialah 110-140 minit

11) 99 daripada 170 klinik di Sarawak tiada pegawai perubatan

12) 41.3% pesakit di Unit Kemalangan dan kecemasan menunggu sehingga 6 jam di sebab kan tidak cukup kakitangan, kemudahan dan kurang nya budget. (Data audit negara)

[Sumber FB DUN Nangka]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: