YB Ahmad Johnie prihatin, lawat mangsa kebakaran di Matu

Ahli Parlimen Igan YB Ahmad Johnie mengunjungi mangsa-mangsa kebakaran di Kpg Sekaan Kecil, Matu pagi ini.

Di Facebooknya, dia menulis…

“Semuga redha dgn ketentuan Allah SWT.Sebaik mengetahui berita kebakaran terus mengunjungi mangsa kebakaran di Kpg Sekaaan Kechil, Matu.

Berkesempatan juga mengunjungi mangsa yg selamat di Hospital Daro yg akan di rujuk ke Hospital Sibu.

Sama-sama kita berdoa semuga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.

TAKZIAH buat keluarga mangsa.”

Dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah pada awal pagi Rabu (5 Februari 2020), dua mangsa anak-beranak ditemui rentung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: