Yakub gesa projek SMK Balingian dilaksanakan segera

MUNGKIN kali ini penduduk Balingian akan memiliki sekolah menengah yang sekian lama dijanjikan pembinaannya, setelah Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian baru-baru ini memberi jaminan projek ini akan dilaksanakan kerajaan pusat.

Baru, merangkap pengerusi PKR Sarawak berkata, dua projek di Mukah akan diteruskan oleh kerajaan pusat, iaitu projek pembinaan SMK Balingian dan lapangan terbang Mukah.

ADUN Balingian, YB Yakub Arbi seperti dilaporkan Borneo Post Online pada 22 Disember 2018 berkata projek pembinaan SMK Balingian harus dilaksanakan mengikut perjanjian.

Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pilihan raya kecil DUN Balingian 2014, menjanjikan SMK Balingian akan dibina.

Pekan Balingian terletak kira-kira 50km dari bandar Mukah, setakat ini tidak mempunyai sekolah menengah, yang mana anak-anak dari kawasan Balingian perlu melanjutkan pelajaran menengah di Mukah iaitu SMK Three Rivers, SMK Mukah atau SMK St Patrick.

Mengenai projek itu, Yakub dipetik berkata kos sebenar mungkin lebih daripada RM80 juta yang merangkumi pembinaan bangunan 24 bilik darjah, asrama mampu memuatkan hingga 800 pelajar dan 24 kuarters guru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: