Wartawan dikasari oleh petugas PKR di Sibu
SIBU: Seorang wartawan wanita portal online tempatan yang bertugas membuat liputan pemilihan PKR di Sibu hari ini dikasari oleh petugas PKR.
Menurut catatan wartawan senior berkenaan melalui status laman facebook yang dimuat naik pagi tadi, dia telah dihalang oleh petugas berbaju merah PKR untuk masuk ke dalam dewan dan kemudiannya salah petugas tersebut menggengam tangannya lalu menarik beliau keluar dari dewan secara kasar.
Berikut merupakan catatan wartawan berkenaan yang dimuat naik di facebook pagi tadi.
#sayangsarawak