Warganegara Jepun cedera terjatuh ketika daki gunung Mulu

MIRI: Seorang warganegara lelaki Jepun melalui detik hitam ketika mendaki gunung Mulu apabila terjatuh dan mengalami kecederaan.

Mangsa, Akihiro Noda,25, cedera di bahagian punggung dan tulang rusuk
berada di Camp 4 Gunung Mulu (ketinggian dari paras laut 1,820 meter).

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,Unit Udara Bomba telah dimaklumkan dan operasi menyelamat mangsa akan dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca di lokasi.

“Kejadian berlaku pada jam 9.00 malam Sabtu lalu di mana mangsa menunjukkan tindakan balas tidak dapat bergerak dengan kecederaan sedemikian dan memerlukan bantuan melalui udara untuk membawa mangsa ke bawah,”katanya di sini hari ini.

Katanya,kumpulan tersebut terdiri daripada dua orang warganegara Jepun (researcher) dan tiga orang porter.

“Operasi SAR di Camp 4 ditangguhkan pada jam 3.30 petang ini kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, awan tebal dan menyukarkan operasi mengeluarkan mangsa daripada Camp 4.

“Pasukan Khas Unit Udara Bomba (PASKUB) akan berehat di Mulu dan operasi menyelamat akan disambung pada esok pagi,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: