Warganegara Jepun berjaya diselamatkan

MIRI: Warganegara Jepun yang cedera setelah terjatuh ketika mendaki gunung Mulu berjaya diselamat hari ini.

Mangsa, Akihiro Noda,25, cedera di bahagian punggung dan tulang rusuk
berada di Camp 4 Gunung Mulu

(ketinggian dari paras laut 1,820 meter).

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,operasi SAR di Camp 4 disambung semula pada jam 7 pagi ini.

“Pesawat Bomba BMB 565 berlepas dari Airport Mulu pada jam 7.15 pagi, Pesawat dan kru penyelamat berjaya membawa mangsa dengan menggunakan kaedah Winching bersama tiga orang Porter,”katanya di sini hari ini.

Katanya,setelah menurunkan tiga orang porter di Airport Mulu, mangsa yang cedera terus diterbangkan ke hospital Miri.

“Mangsa terus diserahkan kepada pihak Perubatan untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: