Warganegara India yang jatuh sungai amasih gagal ditemui

SIBU: Operasi Mencari dan Menyelamat(SAR) lelaki warganegara India,Vikash,19, yang memasuki hari kedua hari ini masih gagal menemui mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pencarian hari ini yang menggunakan kaedah ‘ water surface searching’ dimulakan disekitar lokasi mangsa dikatakan jatuh dan dihentikan pada jam 5.30 petang ini.

“Radius pencarian sejauh 20 kilometer,sehingga kini mangsa masih belum ditemui,”katanya di sini hari ini.

Katanya, kehilangan mangsa telah dilaporkan rakan sekerja Isnin lali yang menyatakan mangsa telah terjatuh dari kapal yang sedang berlabuh di pelabuhan Tanjung Kunyit Sibu.

“Masa kejadiaan berlaku sekitar jam 8.30 ketika mangsa hendak muntah dibahagian belakang kapal.

“Pihak Polis telah menghubungi BBP Sibu Sentral untuk memohon bantuan pihak Bomba untuk Operasi SAR,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: