Warga tentera maut, motosikal berkuasa tinggi ditunggang rempuh bas sekolah

KUCHING:Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan bas sekolah di Jalan Puncak Borneo, berdekatan Kampung Bratan, Padawan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa Joharie Safri@Jebon,36, yang juga warga tentera cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan maut serta-merta di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi.

“Pihak Bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat serta menjalankan kerja-kerja pembersihan di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: