Warga negara Indonesia rentung, kebakaran babitkan rumah pekerja

BETONG:Seorang warganegara Indonesia rentung manakala seorang lagi melecur dalam kebakaran membabitkan rumah pekerja di TH Pelita Meludam,ladang Tanjong Lilin di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang rentung dikenali Ardi Darmawan,23, manakala Hermansyah,22, melecur di bahagian kaki kiri dan kanan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.36 pagi,kebakaran melibatkan satu blok rumah pekerja berstruktur kayu yang terbakar keseluruhannya.

“Mangsa yang melecur dihantar menggunakan Hilux pekerja ladang ke klinik berhampiran untuk mendapat rawatan.

“Mangsa yang meninggal dunia diserah kepada pihak polis dan dibawa ke hospital Betong untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Katanya,punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: