Warga emas yang hilang masih belum ditemui

LUNDU:Seorang warga emas, Nohik Gindon,74, yang dilaporkan hilang di Kampung Silok di sini masih belum ditemui.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, operasi mencari dan menyelamat(SAR) hari ini memasuki hari kedua.

“Operasi SAR mencari dan menyelamat mangsa yang hilang diteruskan dengan penambahan Pasukan dari K-9 Polis .

“Radius pencarian ditambah sehingga sejauh empat kilometer dari mangsa dikatakan hilang. Sehingga kini mangsa masih gagal ditemui,”katanya di sini hari ini.

Katanya,operasi mencari mangsa turut diserta pihak polis,APM dan penduduk kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: