Warga emas temui ajal ketika hendak ke kebun

SRI AMAN: Seorang warga emas menemui ajal ketika hendak ke kebun apabila lemas setelah jatuh sungai di rumah panjang Ringgit Bayang,Kampung Ibol Sungai Raya Undop di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan mayat terapung di Sungai Raya pada jam 10.50 pagi.

“Maklumat darioada orang awam di tempat kejadian pada sebelah pagi mangsa Tukang Juyu,73, dikatakan sedang pergi ke kebun seorang diri melalui kawasan tersebut.

“Mangsa dikatakan terjatuh di sungai berkenaan tanpa diketahui oleh penduduk kampung sehinggalah mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dikatakan jatuh,”katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa juga dikatakan mempunyai rekod kesihatan yang kurang memuaskan.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: