Wanita warga emas maut dalam kemalangan

MIRI: Seorang wanita warga emas maut setelah kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di simpang hospital Miri petang tadi.

Mangsa,Tham Nyuk Chin@Tham Hock Jin,79, memandu kereta Perodua Myvi telah berlanggar dengan kereta BMW dan cedera parah di bahagian anggota badan maut serta-merta di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.01 petang.

“Pihak Bomba bertindak mengeluarkan seorang mangsa di bahagian tempat duduk pemandu dalam kereta produa Myvi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan dilokasi kejadian,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pemandu kenderaan BMW tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: