Wanita pengsan terlibat dalam kemalangan

MIRI:Seorang wanita berusia 27 tahun pengsan dan mengalami cedera ringan
setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Luak Bay di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.32 malam.

“Kereta Toyota Vios yang dipandu wanita berkenaan telah mengalami kemalangan kendiri terbabas lalu melanggar sebatang pokok yang dibahu jalan.

“Mangsa telah pengsan akibat pelanggaran dan mengalami cedera ringan,”katanya di sini hari ini.

Katanya,Unit EMRS memberi perawatan awal dengan menstabilkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya dikeluarkan dari kenderaan dan diserahkan kepada pihak ambulan untuk dibawa ke hospital,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: