Wan Azizah, jangan macam tu….

Kecewa. Itu kata Menteri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah apabila mengulas mengenai jawapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Portal berita Free Malaysia Today (FMT) melaporkan Karim kecewa sambil berkata jawapan itu menunjukkan Sarawak tidak penting bagi Putrajaya.

“Adakah cuma negeri yang menyokong PH diberi keutamaan bila dilanda bencana? Pengundi dan mereka terlibat dengan bencana tidak harus dihukum,” tegasnya.

Lantaran itu, katanya pengundi Sarawak boleh mentafsirkan keikhlasan pemimpin dan jaminan mereka terhadap Sarawak.

Pada minggu lepas, Wan Azizah ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Samarahan YB Rubiah Wang pada sidang Dewan Rakyat dilaporkan berkata:

“Sarawak dah la tak undi kita, tak bagi sokongan.”

Itu petikan jawapan daripada Wan Azizah yang disiarkan menerusi youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: