Virgahayu juara Gokart sempena Samarahan International Food Festival

KOTA SAMARAHAN: Virgahayu Shah Khannaz dari Kelab Permotoran Pusak Itam Kuching menjuarai pertandingan Gokart kategori terbuka sempena Samarahan International Food Festival 2018 yang diadakan di Summer Mall di sini.

Tempat kedua dimenangi Al-Azhar dari Kelab Gertak dan tempat ketiga Azli Abdul Kadir dari Kelab Sukan Permotoran Pusak Itam.

Pemenang menerima hadiah berupa wang tunai, piala dan medal yang disediakan pihak penganjur.

Bagi kategori bawah 12 tahun, juara dimenangi Al-azhar dari Kelab Gertak manakala Virgahayu Shah Khannaz tempat kedua dari Kelab Permotoran Pusak Itam Kuching dan tempat ketiga Mohd Raihan dari Kelab VSK Motorsport.

Sebanyak 20 buah Mini Pocketbike dan 20 buah Gokart mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sadong Jaya,Aidel Lariwoo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: