Vernon angkuh, tidak matang berpolitik-Idris

KOTA SAMARAHAN: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak,Vernon Kedit bersifat angkuh dan tidak matang dalam politik.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB)
Datuk Idris Buang berkata, kenyataan beliau jelas menunjuk sikap yang suka menghasut dan melihat Sarawak berpecah-belah dan politik kacau-bilau penuh dengan kegiatan dan usaha meracunkan minda rakyat dengan hasutan-hasutan.

“Seperti yang kita dapat lihat dalam internet,media sosial serta kenyataan akhbar beliau sebelum
ini juga ada berbaur perkauman.

“Kita tidak mahu tetapi amat bimbang dengan budaya angkuh serta rakus penuh dengan elemen meracuni minda rakyat dengan hasutan dan fitnah oleh parti-parti dari luar Sarawak yang seolah-olah dimegahkan oleh Vernon,”katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang itu merujuk kepada kenyataan yang di tulis oleh Vernon Kedit di dalam posting akaun Facebooknya yang memaparkan satu infografik majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) diadakan di Bintulu.

Di dalam posting tersebut, Vernon di laporkan membuat kenyataan berbunyi PBB retak tunggu belah, selamat tinggal PBB. Selamat datang bersatu. PBB pecah, GPS terkubur. Hidup Tun! (di persilakan mengamuk macam macai GPS).

Katanya, rakyat Sarawak tahu menilai apa sebenarnya politik dan kepimpinan yang terbaik untuk Sarawak.

“Rupa gayanya Vernon mengharapkan ada perpecahan di dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya PBB untuk meraih kemenangan tanpa sedikit pun memberi keprihatinan tentang perpaduan dan budaya baik dan halus Sarawak yang di harapnya akan turut terhapus.

“Seperti yang kita tahu politik baling kerusi serta budaya membuat persepsi yang berunsur fitnah sangat berleluasa menerusi internet dan media sosial.
Saya yakin rakyat Sarawak akan terus menolak budaya seperti ini,”ujarnya.

Beliau berkata, PBB dan GPS tetap patuh kepada budaya baik , disiplin parti dan sumpah perjuangan yang tidak berbelah bagi demi untuk membela rakyat dan hak Sarawak secara tuntas.

“Kita lihat sajalah apa yang telah di tunjukkan oleh parti-parti dari Semenanjung itu. Bagi saya,
parti PH di Sarawak ini hanyalah cabang yang boleh diibaratkan sebagai kumpulan ‘budak-budak suruhan’ parti- parti dari Malaya.

“Mereka tidak mempunyai apa-apa jua kuasa yang boleh membuat perubahan yang baik seperti yang di kehendaki oleh rakyat Sarawak kerana mereka terpaksa akur dan tunduk kepada Kuala Lumpur,”jelasnya.

Katanya,hanya parti
100 peratus asal dari Sarawak yang bergabung di bawah GPS mampu membela hak-hak rakyat Sarawak dengan berkesan.

“Ini sangat jelas,lihatlah bagaimana manifesto PRU-14 PH Sarawak kini hanya menjadi kertas sampah yang tiada nilai kerana ianya langsung tidak dapat mereka capai dan tunaikan.

“Kegagalan mereka menyebabkan majoriti rakyat Sarawak beranggapan mereka telah tertipu dengan janji-janji manis mereka,”tambahnya.

Katanya, kini GPS yang di pimpin oleh Ketua Menteri,Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg terpaksa menggunakan dana sendiri untuk membuat kerja serta menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya di jalankan oleh kerajaan pusat seperti pembaikan sekolah-sekolah, pembangunan luar bandar termasuk pembinaan jalan-jalan , pemasangan api dan air luar bandar.

“Rakyat Sarawak mengetahui akan situasi ini dan majoriti menghargai usaha Abg Johari dan kerajaan GPS membuat kerja berskala besar untuk terus membela rakyat kita di negeri ini.
Hasutan Vernon akan hanya memakan diri sendiri,”tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: