Usah termakan hasutan pecah perpaduan kaum

Rakyat Sarawak diseru agar memperkukuhkan perpaduan dan tidak termakan hasutan wakil-wakil parti dari luar yang hanya memecah belahkan keharmonian di negeri ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, parti-parti dari luar melebarkan sayap dengan menjadikan orang tempatan sebagai agen.

“Mereka ini tidak mengenali anda dan hanya yang termakan hasutan akan akur dengan usaha mereka ini,” katanya berucap pada Majlis Perasmian GPS cawangan Kampung Bungin, Betong pada Ahad.

Datuk Amar Awang Tengah menambah, GPS sebagai gagasan yang terdiri dari parti yang berakar umbi di Sarawak sudah tentu merupakan platform terbaik untuk memperjuangkan hak hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Sejak perubahan berlaku di peringkat persekutuan, kita telah banyak mengambil alih tugas membina jalan, jambatan dan kemudahan asas lain yang sepatutnya merupakan tanggungjawap kerajaan pusat,”

“Ini jelas sekali membuktikan GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri kita sudah tentunya tahu dan faham apakah yang harus dilakukan dan yang terbaik untuk negeri kita,” tambah beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Muda Industri dan Pelaburan merangkap Adun Batang Ai Datuk Malcom Mussen Lamoh, ADUN Saribas Razi Sitam dan Adun Daro Shafiee Ahmad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: