Unimas juara Kategori Perahu Kenyalang IPTA/IPTS sempena Regata Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Kegigihan menjalani latihan sebelum pertandingan membanggakan pengkayuh Universiti Malaysia Sarawak(Unimas) apabila memenangi kategori pertandingan yang disertai pada Regatta Sarawak baru-baru ini.

Dalam temasya sukan air tertua di Sarawak itu pasukan Unimas Teguh Bersama muncul sebagai juara dalam Kategori Perahu Kenyalang 20 Pengkayuh Lelaki IPTA/IPTS dan Kategori Perahu Kenyalang 20 Pengkayuh Campuran (15 Lelaki dan 5 wanita) IPTA/IPTS.

Pasukan Unimas Gemilang juga turut muncul sebagai tempat ketiga dalam kategori yang sama.

Pasukan Unimas mengharapkan kecemerlangan ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan dengan mengekalkan kerjasama yang mantap antara staf dan pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: