Uniknya Sarawak…berkhatan pun bersama

Sering kita didendangkan dengan cerita-cerita tentang perpaduan dan keharmonian kaum dan agama di Bumi Kenyalang, meskipun negeri itu dihuni lebih 20 suku kaum.

Uniknya Bumi Kenyalang, dipuji ramai kerana tidak ada perselisihan kaum. Semua berkongsi hak milik Sarawak.

Allahyarham Tok Nan pernah berkata, “Ini Sarawak punya olang, bisi Melayu, bisi orang Cina, bisi orang Dayak, bisi orang Bidayuh, duduk sama, minum sama, makan sama, carik amoi pun sama.”

Kata-kata bekas Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Adenan Satem, menggambarkan Sarawak begitu kukuh dari aspek perpaduan kaum.

Siapa yang tidak kenal dengan Cikgu Emmet yang berasal dari Perak. Terkenal dengan penulisannya yang banyak menyentuh perpaduan kaum di Sarawak. Dia bangga dengan Sarawak meskipun bukan dilahirkan di Bumi Kenyalang.

Setiap perayaan disambut bersama. Itulah amalan di Sarawak.

Sehinggakan berkhatan atau bersunat pun dilakukan bersama-sama dengan pelbagai kaum.

Ini dilakukan di Sarikei, baru-baru ini, apabila seramai 44 anak masyarakat Iban menyertai Program Khatan Perdana Kuala Rajang.

Ia adalah penyertaan paling banyak anak masyarakat bukan Islam dari beberapa rumah panjang di kawasan Sare, Kerubong, Kerapa, Sebayang dan Stalun untuk bersama berkhatan beramai-ramai.

Program berkhatan secara percuma itu dianjurkan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumputera Bersatu (PBB) Kuala Rajang, lapor Harian Metro.

Khidmat sosial masyarakat itu terbuka kepada semua penduduk, tanpa mengira latar belakang dan memberi keutamaan kepada keluarga yang berpendapatan rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: