Turbin tambahan di Empangan Bakun

Empangan Hidroelektrik Bakun yang kini dimiliki sepenuhnya kerajaan Sarawak akan dilengkapi dengan satu lagi turbin sebagai tambahan kepada empat yang ada.

Dengan turbin tambahan, empangan yang kini menjana 2,400 megawatt elektrik mampu menghasilkan tenaga tambahan 300 megawatt.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg seperti dilaporkan beberapa akhbar atas talian berkata, pengambilalihan Empangan Bakun pada 2017 merupakan langkah strategik kerajaan Sarawak.

“Pemilikan Empangan Bakun menyediakan pendapatan tambahan kepada Kerajaan Sarawak dalam jangka masa panjang,” katanya dipetik menerusi Borneo Post Online.

Kerajaan Sarawak membeli Bakun daripada kerajaan Persekutuan dengan harga RM2.5 bilion.

Empangan itu dibina dengan kos RM7.4 bilion ditauliahkan sepenuhnya pada Julai 2014 selepas siap sepenuhnya pada 2010.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: