Tun Taib dan Abang Johari ketuai perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Sarikei

SARIKEI : Yang di-Pertua Negeri,Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta Ketua Menteri,Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengetuai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Kompleks Sukan Sarikei di sini hari ini.

Kehadiran lebih 5,000 masyarakat pelbagai kaum sama-sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul tahun ini bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’.

Sebanyak 129 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan berkenaan bermula dari Kompleks Sukan Sarikei menuju ke Masjid Al- Muttaqqin sejauh 3.3 kilometer.

Turut serta dalam perarakan itu ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha dan pemimpin-pemimpin negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: