Tukun tiruan di perairan Igan-Mukah untuk kelestarian laut

Pada 1 Oktober 2019, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyempurnakan Penanaman Tukun Tiruan di perairan Igan-Mukah.

Sebanyak 1,200 unit Tukun Tiruan ditanam di sepanjang perairan Igan-Mukah 2019.

Ia berfungsi sebagai
pemulihan dan menambahkan kawasan terumbu karang, perlindungan habitat penyu, perlidungan kawasan penangkapan ikan nelayan tradisional daripada aktiviti pencerobohan pukat tunda, memperkayakan sumber perikanan dan mewujudkan kawasan Eko pelancongan – tapak baru untuk menjalankan sukan memancing dan aktiviti selaman SCUBA.

Sumber – Facebook Dato Sri Hjh Fatimah Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: