Tuduh kerajaan rampas tanah, itu penghasut – Douglas Uggah Embas

Golongan yang menuduh kerajaan merampas tanah disukat di bawah Seksyen 6, Kanun Tanah Negeri disifatkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai penghasut.

DayakDaily melaporkan, tujuan golongan itu sebenarnya berhasrat untuk memecah belahkan rakyat di negeri ini, katanya.

“Mereka menuduh kerajaan merampas tanah rakyat. Mereka sebenarnya cemburu kerana kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam bersempena Forum Kanun Tanah (Pindaan), 2018, Zon Selatan di Kuching pada 20 November 2019.

Menurutnya, tuduhan sama juga dilemparkan seorang ADUN daripada PH pada Persidangan Dewan Undangan Negeriyang lepas.

Apabila diminta untuk menunjukan bukti yang kerajaan pernah merampas tanah rakyat, ADUN tersebut gagal berbuat demikian, ujarnya.

“Dia tiada bukti…hanya mampu menuduh kerajaan merampas tanah untuk tanah yang di sukat di bawah Seksyen 6,” jelasnya.

Uggah, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, berkata kerajaan negeri telah memberi jaminan bahawa tanah yang disukat dan diwartakan di bawah Seksyen 6 diakui sebagai NCR.

Uggah berkata lagi kerajaan menerusi Belanjawan Negeri 2020 memperuntukkan RM40 juta untuk kerja-kerja penyukatan NCR.

Katanya, tumpuan sekarang adalah kepada kerja-kerja penyukatan tanah di bawah Seksyen 18.

“Kerajaan komited mengeluarkan surat hak milik individu di bawah Seksyen 18 kepada pemilik-pemilik tanah secara ‘in perpetuity’,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: