Tindakan pantas PBS Matu selamat rumah penduduk terbakar

MUKAH: Tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela(PBS) Matu bersama penduduk kampung berjaya menyelamatkan sebuah rumah di Kampung Tian terbakar keseluruhan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jan 12.30 tengah hari.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah kediaman kampung setingkat jenis tidak kekal melibatkan tiga unit ruangan bilik tidur.

“Rumah kediaman telah musnah 30 peratus dan api dipercayai bermula di salah sebuah bilik tidur,”katanya di sini hari ini.

Katanya, api berjaya dipadamkan oleh PBS Matu dibantu penduduk kampung,malah barangan perabot juga sempat diselamatkan dan dialihkan keluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: