Tindakan pantas atasi masalah benteng pecah di Kabong

YB Mohd Chee Bin Kadir, ADUN N.40 Kabong dengan bantuan jabatan dan agensi kerajaan bertindak pantas menangani kejadian benteng pecah di Kpg Sg Endot, Kabong pada Rabu.

Tindakan pantas itu hasil kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Betong.

Ia berjaya mengawal air agar tidak menjejaskan kawasan kediaman di sekitar kawasan ini.

YB Mohd Chee merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pejabat Daerah Kabong, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Saratok, Bomba Dan Penyelamat Saratok, JPAM Saratok atas komitmen diberikan dalam menangani masalah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: