Teruk YB Maszlee dikecam

YB Dr Maszlee Malik amat dikenali ramai. Namanya naik mendadak selepas dilantik menjadi Menteri Pendidikan.

Anggota Parlimen Simpang Renggam dari Parti Pribumi Bersatu M’sia terkenal dek kenyataan/ideanya yang penuh kontroversi.

Maszlee mula ‘mencipta nama’ apabila mengumumkan perihal kasut sekolah warna hitam menggantikan warna putih.

Ramai yang mengecam. Sehingga ada mengatakan apa kaitan warna kasut dengan kecemerlangan pelajar?

Penting sangatkah warna kasut, sedangkan banyak lagi isu pendidikan seperti bangunan sekolah usang, dan kandungan akademik.

Sedangkan banyak bangunan sekolah di seluruh negara terutama di Sarawak yang berada dalam keadaan uzur.

Beliau juga terpalit dengan isu pelantikannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

September lalu, Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM ketujuh selama tiga tahun selepas diberi perkenan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.

Namun, pelantikan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila mendapat bantahan dan kritikan ramai yang mempersoalkan kelayakan beliau yang kini memegang portfolio sebagai menteri Kabinet.

Terkini yang mendapat kritikan meluas terutama di kalangan ahli politik tidak terkecuali daripada wakil rakyat Pakatan Harapan, isu wakil rakyat pembangkang perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan menerusi Pengarah Pendidikan negeri masing-masing.

Ramai yang tidak setuju, terutama wakil rakyat GPS di Sarawak, seperti terpampang di dada akhbar dan berita atas talian.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee menerusi Facebooknya mencatat:

“Semua MP pembangkang perlu minta kebenaran untuk masuk ke sekolah.

Berkhidmat tidak semesti dalam sekolah. Tak perlu risau peraturan ini yang penting ikhlas membantu pelajar utk berjaya dalam pelajaran.

Jangan jadikan mereka mangsa di sebabkan perbezaan politik.

Mereka lah masa depan negara dan terus sama2 kita membantu mereka selagi d amanah baik nya pemimpin, guru dan seluruh masyarakat.

Kita ada peranan masing2 utk pelajar.”

Hari ini, Maszlee menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengatakan ‘dilarang’.

Yang dikatakannya ialah ‘perlu minta kebenaran’ sebelum ke program di sekolah meskipun di kawasan mereka wakili.

Ekoran itu, ramai yang mendakwa Maszlee buat pusingan U.

Tetapi, inilah asam garam kehidupan ahli politik.

Sehingga ada yang nakal mengatakan “dahulu ada Ahmad Maslan, sekarang ada Maszlee”.

Ahmad Maslan terkenal dengan “harga boleh turun dengan GST.”

Tidak kurang terhiburnya kita dengan sekeping foto menunjukkan beliau beraksi ‘memasak nasi goreng timun’ ketika kehangatan isu GST.

Beliau menulis di twitter:

“Sesekali sedia sarapan untuk keluarga. Nasi goreng campur resepi tiada GST.”

Tapi tidak mengapa. Cukuplah mengenai Maszlee dan Ahmad Maslan.

#sayangsarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: