Terlibat kemalangan di Jalan Kubong, suami isteri cedera

LIMBANG: Sepasang suami isteri cedera setelah kereta yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Jalan Kubong di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.46 tengah hari.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori muatan tanah 10 tan berlanggar bahagian sisi dengan sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu oleh seorang lelaki bersama isteri beliau.

“Kemalangan menyebabkan penumpang kereta Nissan Almera tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pemandu kereta tersebut hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu lori tiada mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang cedera seterusnya dihantar ke hospital Limbang menggunakan ambulans hospital,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: