TERKINI:Mayat sudah reput, kematian bayi perempuan sukar disahkan

Mayat sudah reput,kematian bayi perempuan sukar disahkan

SERIAN: Pihak Partologi dari Hospital Umum Sarawak telah menjalankan bedah siasat mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui berhampiran masjid Muara Mongkos yang menggemparkan orang ramai semalam di hospital Serian pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, berat bayi berkenaan ialah 381 gram dan berusia lebih kurang empat bulan.

“Punca kematian tidak dapat disahkan oleh doktor kerana mayat sudah reput,malah doktor mengesahkan sekiranya bayi itu lahir pun tidak akan hidup kerana tidak cukup bulan,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak hospital akan mengambil bahagian tulang paha bayi untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi profail DNA.

“Setakat ini kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: