Terhidu gas beracun,tiga pekerja kapal maut

SIBU:Tiga maut manakala empat lagi pengsan akibat terperangkap di dalam kapal Sapor Ship Building Sdn Bhd di sini petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.28 petang.

“Setibanya pasukan Bomba ditempat kejadian didapati tujuh orang pekerja kapal warga asing yang sedang membaiki bahagian bawah kapal telah jatuh pengsan berkemungkinan terhidu gas beracun.

“Operasi penyelamatan terus dijalankan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan bantuan alat pernafasan dan tali untuk turun dan menjumpai mangsa yang pengsan,”katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa-mangsa seterusnya dinaikkan ke bahagian atas kapal menggunakan tali dan diberi bantuan pernafasan oleh pasukan perubatan hospital dan EMRS Bomba.

“Mangsa yang meninggal dan mangsa yang pengsan dihantar ke hospital Sibu menggunakan ambulan hospital dan EMRS Bomba,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: