Tentera gagalkan cubaan seludup burung murai ke negara jiran

TEBEDU: Sebanyak 310 ekor burung murai yang cuba diseludup ke negara jiran menggunakan laluan lorong tikus telah berjaya digagalkan oleh pihak tentera di sempadan Malaysia dan Indonesia.

Dalam Operasi SERKAP yang bermula pada jam 4 pagi oleh pihak tentera di kawasan berhampiran Kompleks ICQS Tebedu dan Inland Port Tebedu telah berjaya mengesan tiga orang lelaki yang membawa sangkar burung melalui kawasan tersebut.

Jurucakapnya berkata,pihak tentera seterusnya telah mengarahkan ketiga-tiga lelaki tersebut untuk berhenti bagi membuat pemeriksaan terhadap barangan yang dibawa.

“Menyedari kehadiran pihak tentera ketiga-tiga lelaki tersebut bertindak melarikan diri di dalam kawasan hutan dan meninggalkan barangan yang dibawa mereka.

“Hasil pemeriksaan pada barangan yang ditinggalkan, mendapati sebanyak 13 sangkar burung yang mengandungi 310 ekor burung murai yang dianggarkan bernilai RM 248,000,”katanya di sini hari ini.

Katanya,barang rampasan seterusnya dibawa ke Balai Polis Tebedu dan akan diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak bagi hidupan liar untuk tindakan susulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: