Tempoh perjalanan Sematan/ Lundu/ Kuching lebih singkat dengan Jambatan Rambungan

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Tun Datuk Abang Haji Openg dijangka menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Rambungan, Lundu pada Ahad ini, 24 November 2019.

Projek pembinaan jambatan itu merupakan antara komponen jalan pesisir yang dirancang dan dilaksanakan Kerajaan Negeri GPS.

Ia merupakan usaha untuk memudahkan mobiliti warga Sarawak.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Menteri Muda Datuk Julaihi Narawi berkata projek pembinaan Jambatan Rambungan dikeluarkan tender pada 28 September 2019.

Tender ditutup pada 23 Oktober 2019.

“Projek ini dijangka akan bermula pada bulan Disember 2019,” jelasnya.

Pembinaan jambatan sepanjang 560 meter itu membabitkan kos RM142 juta.

Setelah siap, ia akan memudahkan dan menyingkatkan tempoh perjalanan dari Lundu/ Sematan/Kuching.

Selain Jambatan Rambungan, Kerajaan Negeri GPS turut melaksanakan pembinaan jambatan lain di laluan pesisir Sarawak.

1. Jambatan Batang Saribas
2. Jambatan Sungai Krian
3. Jambatan Batang Paloh
4. Jambatan Muara Lassa
5. Jambatan Batang Lupar
6. Jambatan Batang Igan

Projek-projek tersebut jelasnya merupakan komponen pertama iaitu penggantian perkhidmatan feri di kawasan-kawasan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: