Tanpa diketahui sebab, lelaki akhiri hayat nekad terjun sungai

SIBU:Tanpa diketahui sebab,seorang lelaki tiba-tiba terjun ke dalam sungai di jeti ekspress di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.29 tengah hari.

“Menurut saksi yang telah membuat panggilan ke Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, seorang lelaki menggunakan baju dan seluar track berwana hitam berumur dalam lingkungan 20-an telah berdiri di belakang sebuah bot express yang tertambat dan terus terjun ke dalam sungai.

“Mangsa dikatakan terkapai-kapai sebelum tenggelam dihayutkan oleh arus sungai,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba telah membuat pencarian awal ditebing sungai dengan teknik “water Surface Searching” disekitar lokasi dimana mangsa dikatakan terjun dan dengan menggunakan bot menyusuri sungai menghala ke hilir sungai dalam radius pencarian sekitar dua kilometer.

“Operasi ditangguhkan pada jam 4.30 petang ibi akibat hujan lebat. Setakat ini mangsa masih gagal dijumpai,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: