‘Tak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku Sejarah’: Najib

Kita dah mendengar perihal kasut hitam dan stoking juga kolam renang hotel.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sering memenuhi dada media sosial dengan perihal berkaitan pendidikan yang sering menjadi kritikan netizen.

Terbaru, perihal skandal 1MDB akan dimasukkan dalam sukatan mata pelajaran sejarah di sekolah.

Projek MM hari ini melaporkan Maszlee berkata kesalahan dari sejarah mesti dipelajari dan ‘jenayah ahli politik’ perlu dimasukkan dalam sukatan itu.

“Saya jamin, isu 1MDB akan masuk dalam sukatan pelajaran sejarah kita supaya generasi akan datang tidak mengulangi kesilapan seperti itu,” katanya.

Menjawabnya, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku Sejarah.

“Ada masa dan tempatnya kita berpolitik, bukan di sekolah.

“Jangan peralatkan anak-anak kecil kita, jangan aniaya masa depan mereka,” katanya menerusi satu post di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: