Surau Darul Ikhsan, Kabong siap dinaik taraf

Kira-kira 700 penduduk Kampung Sungai Pala dekat Kabong menarik nafas lega berikutan projek menaiktaraf pembinaan Surau Darul Ikhsan yang berusia 40 tahun di kampung terbabit telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir melahirkan perasaan gembira dan bersyukur apabila projek baikpulih surau berkenaan telah siap dibina di situ untuk kemudahan penduduk beribadah serta melakukan aktiviti keagamaan.

“Kita bersyukur dengan siapnya pembinaan surau ini tentunya dapat memberi keselesaan kepada penduduk beribadah serta menjalankan usaha dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat di sini,” katanya.

(Info FB Pusat Khidmat DUN N40 Kabong)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: