SST demi kelangsungan pembangunan Sarawak

Petikan Catatan Facebook
YB Fazzrudin Hj Abdul Rahman
ADUN N6 Tupong

1. Cukai Jualan Negeri (SST) adalah satu “revenue” khas yang diberikan kepada Sarawak dibawah Perkara 7 Bahagian V, dibawah 10th schedule perlembagaan persekutuan yang boleh diterima (received by) oleh kerajaan negeri dibawah Article 112C(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

2. Pengenaan cukai jualan terhadap bahan-bahan mentah petroleum ini adalah merupakan pelaksanaan bidang kuasa kita yang diberikan dibawah Artikel 95B(3) Perlembagaan Persekutuan dan ini dilaksanakan demi untuk membawa lebih banyak pembangunan kepada negeri Sarawak. Hak-hak pengenaan cukai ini adalah hak kita yang tidak dapat dinafikan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

3. Harus diingat, didalam manifesto Pakatan Harapan untuk PRU 14 pada 9 Mei 2019, Janji 41 mukasurat 90 (English Version of the Manifesto), Pakatan Harapan telah berjanji untuk menaikkan royalti minyak ke Sarawak dari 5% hingga 20%. Mana pergi itu janji. Malahan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa mereka tidak dapat menepati janji pilihan raya ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: