Sosioekonomi pesisir bakal berubah lebih baik dengan jaringan jalan raya sempurna

Jalan pesisir yang kini dalam pelaksanaan pembinaan oleh Kerajaan Negeri Sarawak berupaya membawa pembangunan sosioekonomi di penempatan sepanjangnya.

Pelaksanaannya merangkumi pembinaan jambatan bagi menggantikan perkhidmatan feri.

Apabila siap kelak, ia akan memendekkan masa perjalanan dan memudahkan pengguna.

Tujuh jambatan sepanjang laluan pesisir yang akan dan sedang dibina kerajaan negeri pimpinan Abang Johari ialah:-

1. Jambatan Batang Lupar

Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari membina jambatan Batang Lupar sebagai penghubung laluan utama Jalan Pesisir.

Projek Jambatan Batang Lupar menjadi keutamaan kerana kedudukan strategiknya di laluan alternatif Jalan Pesisir pantai.

2. Jambatan Muara Lassa

Projek Jambatan Muara Lassa dijangka siap 2023 menelan kos pembinaan RM597.58 juta. Jambatan sepanjang 2.43 kilometer itu merupakan jambatan kedua terpanjang di Sarawak.

Menurut Abang Johari, jambatan itu bukan sahaja menjadi penyambung utama bekalan air kepada penduduk, tetapi memberi impak positif terhadap sosioekonomi penduduk di kawasan berhampiran.

3. Jambatan Batang Paloh

Projek jambatan Batang Paloh 1.7 kilometer melibatkan pembinaan jalan sejauh empat kilometer.

Pembangunan projek Jambatan Batang Paloh membawa limpahan pembangunan, sekali gus melonjakkan ekonomi kawasan yang berasaskan pertanian dan perikanan.

4. Jambatan Batang Saribas

Projek Jambatan Batang Saribas sepanjang 1.55 kilometer menelan kos RM496 juta memberi banyak manfaat bagi kemudahan penduduk di situ.

Jambatan Batang Saribas dijangka siap pada Jun 2023 merapatkan jurang antara bandar dengan luar bandar agar seluruh rakyat dapat menikmati pembangunan dan ekonomi lebih baik.

5. Jambatan Batang Rambungan

Menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi, Jambatan Rambungan merupakan jambatan penting di laluan Jalan Pesisir menghubungkan bahagian selatan dengan utara negeri ini.

Panjang Jambatan Rambungan lebih kurang 560 meter mempunyai jalan raya tunggal, dua lorong yang mempunyai reka bentuk menarik dilengkapi lampu hiasan pada jambatan.

Pembinaan Jambatan Rambungan dengan kos anggaran RM99 juta, memudahkan penduduk termasuk pelancong berulang alik dari Telok Melano-Lundu-Sematan ke Kuching.

6. Jambatan Sungai Krian

Projek Jambatan Sungai Krian sepanjang 300 menelan kos RM174 juta diluluskan kerajaan untuk keperluan rakyat, melengkapkan jaringan yang terputus sepanjang Jalan Pesisir.

Pembanguan Jambatan Sungai Krian selaras keperluan rakyat yang tinggal di sepanjang kawasan tersebut termasuk Sematan, Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Maludam, Kabong, Bintulu dan Miri.

7. Jambatan Batang Igan

Projek Jambatan Igan sepanjang 1.8 kilometer menelan kos RM305 juta.

Adun Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya menyifatkan pembinaan jambatan itu penting kepada penduduk kampung di kawasan terbabit termasuk Daro, Matu, Igan dan sekitarnya menggantikan perkhidmatan feri.

(Sumber Swk Voice)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: