Seorang maut,rakan cedera, Van dipandu langgar pokok

BINTULU: Seorang maut manakala rakannya cedera setelah Van yang dipandu terlibat dalam kemalangan kendiri lalu melanggar pokok di Jalan Alamanda 12, Bandar Raya Park, di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.32 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Adin Len, penumpang manakala pemandu Raymond Bengau cedera di bahagian kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata,kemalangan itu menyebabkan penumpang tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans.

“Rakannya yang cedera telah berjaya keluar sendiri daripada Van terbabit dan dikejarkan ke hospital Bintulu untuk mendapat rawatan,”katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak Bomba terpaksa menggunakan alat penyelamat untuk menyelamatkan mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: