Seorang maut, seorang cedera, kereta dipandu langgar pokok

SIBU:Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan kendiri membabitkan kereta Perodua Viva di Jalan Wong King Hui di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.30 pagi.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Kedua-dua mangsa lelaki berusia 38 dan 42 tahun telah tersepit didalam kenderaan tersebut dan telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba,”katanya di sini hari ini.

Namun,katanya, penumpang kenderaan tersebut telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan hospital Sibu manakala pemandu mengalami kecederaan dibahagiaan kepala dan badan telah dikejarkan ke hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: