Seorang maut, kemalangan babitkan lori dan Perodua Viva

SARIKEI: Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas membabitkan lori membawa muatan batu-bata dan Perodua Viva berdekatan Sekolah Kebangsaan(SK) Nanga Babai,Jalan Pakan,Julai di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang maut ialah seorang lelaki warga emas,Ketit Beti,70, dan Jelyb Danggang,64,mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jan 12.30 tengah hari.

“Terdapat dua orang mangsa di dalam kenderaan Perodua Viva. Mangsa perempuan dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba.

“Mangsa lelaki telah dikeluarkan oleh pihak Bomba dan telah disahkan mati di tempat kejadian oleh pihak perubatan ambulans,”katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Pakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: