Seorang cedera parah dalam kemalangan kendiri

BINTULU: Seorang cedera parah manakala dua orang lagi cedera ringan dalam kemalangan berdekatan simpang Chin Lee Garden,Jalan Sultan Iskandar di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.56 petang membabitkan kereta Grand Livina yang membawa tiga penumpang terlanggar pembahagi jalan lalu terbabas ke bahu jalan.

“Tiada mangsa tersepit dilaporkan dalam kemalangan kendiri ini.Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dibawa ke hospital Bintulu untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: