Semua ADUN GPS bebas rasuah

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsmas) Datuk Talib Zulpilip berkata semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak bebas dari segala bentuk rasuah membabitkan projek kerajaan.

Apa yang ada katanya cuma dakwaan liar menerusi Facebook, tetapi tiada aduan rasmi diterima kementeriannya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sebagai contoh, ada pihak dan individu menuduh beberapa ADUN menyalahgunakan peruntukan RM5 juta disediakan kerajaan Sarawak kepada setiap orang mereka bagi tujuan membiayai Projek Transformasi Desa (RTP), tetapi ia tidak sedemikian, kerana wang tersebut disalurkan kepada Pejabat Daerah dan pelaksanaan projek juga dipantau oleh pejabat berkenaan.

“Tidak ada jalan ADUN dapat menyalahgunakan dana dalam projek-projek pembangunan kerajaan kerana tender dilakukan secara terbuka dan cabutan undi,” katanya dalam laporan agensi berita Bernama.

Menurut laporan Bernama, Talib berkata demikian kepada wartawan pada majlis Hari Anti Rasuah di pejabat SPRM di Kuching, pada Ahad.

Jika ada laporan katanya siasatan akan dijalankan, orang ramai juga boleh menghubungi beliau terus di 012898366.

Mengenai dakwaan berhubung kos projek Air Pancut Berirama Darul Hana, Talib berkata Jabatan Audit Negara telah menyiasat.

Menurutnya, mungkin ada pihak sengaja memberikan imej buruk kepada Kerajaan Sarawak dengan menimbulkan perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: