Sebuah rumah termasuk motosikal terbakar di Kampung Sealine

MIRI: Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sealine di sini terbakar petang ini.

Kejadian yang berlaku pada jam 5.35 petang itu turut memusnahkan sebuah motosikal milik mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihak Bomba bertindak membuat pemadaman serta melakukan firebreak untuk mengawal api merebak ke rumah yang berdekatan.

“Api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.15 petang,seramai lapan orang penghuni menghuni kediaman ini,”katanya di sini hari ini.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: