SARAWAK PUNYAI TOLERANSI AGAMA YANG TINGGI – ABANG JOHARI

Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai toleransi agama yang tinggi, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata bagi memastikan kebajikan agama bukan Islam dijaga dengan baik, kerajaan negeri menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama Lain-lain (Unifor) yang menjadi adalah platform bagi membantu pembinaan dan pembaikan tumah-rumah ibadah Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Bahai dan kepercayaan agama lain.

“Ia juga berfungsi membincangkan isu dan cara untuk terus melangkah ke hadapan dari segi memajukan agama satu sama lain dan bersama-sama menyumbang kepada keamanan, perpaduan dan kemakmuran,” katanya semasa berucap pada majlis khas Bersama Komuniti Sikh dan Sambutan Vaisakhi di Kuching pada Sabtu.

Abang Johari kemudiannya menyerahkan sumbangan RM3.5 juta bagi menampung kos baik pulih, menambahbaik serta pembinaan baharu bangunan Gurdwara Sahib, Jalan Masjid.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Sikh Sarawak, Dr Kalwinder Singh Khaira berkata berdasarkan perancangan awal, antara kemudahan yang akan dibina adalah dewan, perpustakaan dan lain-lain lagi untuk kegunaan komuniti Sikh, yang dijangka akan siap dalam tempoh 15 hingga 18 bulan.

Bangunan Gurdwara Sahib yang terletak di tengah bandar raya tapak warisan lama itu telah dibina semula pada tahun 1982 bagi mengantikan bangunan kayu dua tingkat yang dibina pada 1912.

www.bernama.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: