Sarawak juara Sukan Para Sukma XIX di Perak

KUCHING: Kontijen Sarawak terus mampamerkan penguasaan dalam sukan bagi atlet Orang Kelainan Upaya(OKU) apabila menjuarai Sukan Para Sukma XIX, Perak 2018.

Atlet OKU Sarawak cemerlang sepanjang temasya lapan hari itu dengan meraih 162 pingat secara keseluruhan,daripada jumlah itu sebanyak 61 pingat emas berjaya dirangkul,62 pingat perak dan 39 pingat gangsa.

Ketua Kontinjen Para Sukma Sarawak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah cukup berpuas hati dengan pencapaian atlet sepanjang temasya itu.

“Biarpun gagal mencapai sasaran 77 pingat emas,kejuaraan itu dapat dicapai dengan semangat juang tinggi atlet serta kerjasama pengurusan serta keluarga demi mengharumkan nama Sarawak,”katanya.

Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan yang ke-13 berjaya diraih kontinjen Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: