Sarawak intai lawan JDT, Perak

Dalam usaha membentuk sebuah pasukan bolasepak yang lebih mantap untuk saingan Liga Premier 2019, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan dua pasukan gergasi bolasepak Malaysia iaitu JDT dan juara Piala Malaysia 2018, Perak.

“Kita merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kedua-dua pasukan ini dalam siri jelajah pra-musim Sarawak pada tahun hadapan disamping dengan beberapa pasukan yang lain,” jelas lagenda Ngap Sayot Sarawak yang juga penasihat pasukan bolasepak FAS, Awang Mahyan Awang Mohamed.

Beliau menambah selain dua pasukan tersebut, Sarawak berkemungkinan akan mengadakan perlawanan dengan Persipon FC iaitu sebuah kelab bolasepak dari Pontianak, Indonesia.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan sesi pemilihan pemain pasukan bolasepak Sarawak semalam.

Ditanya mengenai perkembangan pemain-pemain yang hadir, beliau berkata tidak mahu terburu-buru membentuk pasukan kerana hanya pemain-pemain berkualti sahaja akan dipilih memandang tempoh pendaftaran pemain ke FAM masih lagi lama (Februari 2019).

#sayangsarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: