Sarawak bukan nak keluar Malaysia: Abg Joe

(Foto kredit The Star Online)

“Sarawak is not seeking to leave Malaysia”.

Itu tegas Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengenai pendirian Kerajaan Sarawak terhadap kedudukan negeri ini dalam Persekutuan Malaysia.

Ketua Nenteri Sarawak itu menegaskan apa yang diperjuangkan ialah pengembalian autonomi seperti terkandung dalam Perjanjian malaysia 1963 (MA63) oleh Kerajaan Persekutuan.

“Sarawak will continue to coexist and cooperate with Malaya and sabah under the umbrella of Malaysia.

“We are happy to be in Malaysia,” katanya ketika berucap menggulung perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada petang Rabu.

Apa yang kurang disenangi sekarang jelasnya ialah hilangnya semangat perjanjian yang membentuk Malaysia pada 1963.

Maka, keputusan rundingan dan perbincangan yang positif mengenai hak-hak Sarawak yang terhakis amatlah diharapkan.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak yang diadakan mulai 5 November hingga 14 November 2018, Ahli-ahli Dewan sebulat suara meluluskan usul bagi penubuhan Jawatankuasa Perundingan, untuk menasihatkan wakil Sarawak dalam Jawatankuasa Khas (MA63).

Jawatankuasa perundingan itu akan mempunyai 14 anggota daripada semua parti politik dalam Dewan Undangan Negeri untuk menentu dan bersetuju dengan representasi hujahan untuk dibawa perwakilan Sarawak dalam Jawatankuasa Khas MA63.

Ia juga ditubuhkan bagi mengutarakan dan melindungi kepentingan, hak dan kedudukan istimewa Sarawak seperti termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan dan untuk memenuhi harapan rakyat Sarawak bagi mendapatkan lebih kuasa autonomi dan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri.

Pada 10 Okt lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong mengumumkan nama 16 anggota Jawatankuasa Khas itu yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyemak dan menyelaraskan MA63.

Anggota lain jawatankuasa itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Lainnya ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kerja Raya Baru Bian, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah, Peguam Negara Tommy Thomas, Profesor Undang-Undang Universiti Malaya Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Zaleha Rose Pandin dan Peguam Besar Negeri Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: